Kecemerlangan dicipta oleh orang biasa, yang memiliki kecerdasan biasa, datang dari keluarga biasa, dibimbing oleh guru biasa, belajar di sekolah biasa, tetapi berusaha secara luar biasa.
Pengetua SEMEKAR
SEMEKAR mengalu-alukan kedatangan pengetua baru iaitu Pn Hjh Mazlah binti Hussein yang dahulunya pernah berkhidmat disini sebagai penolong kanan hal ehwal murid pada tahun 2004. Kini beliau menjawat jawatan sebagai pengetua Smk Rawang menggantikan Pn Hjh Norma. Semoga dengan ini SEMEKAR akan terus mencapai visi dan misinya dengan jayanya.
Disahkan oleh aan pada Saturday, January 10 @ 16:18:59 MYT (179 kali dibaca)
(Berita Penuh ... | 565 bait lagi | Komen ? | Mata: 2.5)
Blog Guru-Guru SEMEKAR
Seiring dengan kemajuan ict dalam pembelajaran pada guru SEMEKAR telah bekerjasama dengan manjayakan pembinaan blog-blog bagi para pelajar serta pelayari internet lain untuk berkongsi pendapat mahupun tips-tips yang dapat diberikan oleh guru-guru ini untuk para pelajarnya. Disamping itu, dengan adanya blog para guru ini juga, pelajar dapat berinteraksi dengan para gurunya melalui alam cyber serta dapat berkongsi pendapat. Moga lebih ramai lagi penyertaan oleh para guru untuk membangunkan blog-blog mereka!! Blog Guru SEMEKAR
Disahkan oleh aan pada Tuesday, September 16 @ 16:20:43 MYT (262 kali dibaca)
(Berita Penuh ... | 2 Komen | Mata: 2.5)
Berita SEMEKAR
HARI KELUARGA SEMEKAR
Pada 11 Julai 2009 yang lalu, kelab Warga SEMEKAR telah menganjurkan Hari keluarga yang bertempat di Kalumpang Resort. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan, antaranya ialah sukaneka,barbecue dan tidak ketinggalan aktiviti mandi manda. Ativiti yang turut dihadiri YDP PIBG SEMEKAR iaitu En. Sufi sekeluarga ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan perhubungan antara warga SEMEKAR disamping merehatkan diri setelah seminggu bekerja.
PERKHEMAHAN PERDANA SEMEKAR 2009
SEMEKAR dengan kerjasama semua pihak khususnya warga SEMEKAR telah mengadakan perkhemahan perdana pada 26 hingga 28 Jun yang lalu yang bertempat di SMK RAWANG sendiri. Ianya melibatkan pelajar perempuan. bagi pelajar lelaki pula, perkhemahan akan diadakan pada 17 hingga 19 Julai 2009. Perkhemahan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SEMEKAR ini bertujuan melahirkan pelajar yang dapat memupuk semangat bekerjasama dan juga kepimpinan yang tinggi.
Disahkan oleh aan pada Tuesday, December 18 @ 11:05:17 MYT (327 kali dibaca)
(Berita Penuh ... | 1 Komen | Mata: 4.33)
Pengumuman
PERKHEMAHAN PERDANA SEMEKAR 2009
Penyertaan terbuka kepada semua pelajar lelaki yang berdaftar sebagai ahli badan beruniform di SEMEKAR. Penyertaan terhad kepada 30 orang bagi setiap badan beruniform. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda.... Siapa cepat dia dapat...
Kelas Memburu Bintang
Bermula pada 2 Februari 2009 bagi semua pelajar tingkatan 3 dan 5. Kehadiran adalah wajib!
Pesanan Anda
Statistik Portal
Sebanyak
muka laman kami telah dikunjungi sejak September 2007