Laman Utama Kirim Berita/Artikel Forum Portal Buku Pelawat
Menu Utama
Info SMKRawang
Aplikasi Dalam Talian
Arkib Artikel/Berita
Ensiklopedia
Galeri Gambar
Maklum Balas
Pautan Web
Soalan Lazim
Kredit
Tentang Kami


Mutiara Kata
Kecemerlangan dicipta oleh orang biasa, yang memiliki kecerdasan biasa, datang dari keluarga biasa, dibimbing oleh guru biasa, belajar di sekolah biasa, tetapi berusaha secara luar biasa.


Kata Aluan Pengetua




 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru,

Sektor pendidikan adalah penyumbang utama kepada pembangunan sebuah negara yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, usaha bersama harus wujud antara masyarakat dan sekolah bagi menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti dan para pelajar mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Maka pihak sekolah mengorak langkah ke depan dengan menubuhkan laman web SEMEKAR.

Penubuhan laman web SEMEKAR ini adalah untuk mewujudkan satu mekanisme keterikatan kumpulan di antara pendidik, pelajar dan masyarakat untuk menyumbang idea ke arah pembangunan SEMEKAR. Maka tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa laman web SEMEKAR ini merupakan platform untuk menghimpun pendapat dan pandangan masyarakat untuk sama-sama merialisasikan hasrat pembestarian sekolah.

Selain itu, laman web ini diharapkan dapat mewujudkan budaya berfikiran kreatif dan mampu menghasilkan idea-idea baru dalam mendepani masa depan yang semakin mencabar. Dengan adanya laman web, pengguna internet terutamanya para pelajar berpeluang mendapatkan bahan-bahan pendidikan secara per*****a atau berbayar. Yang penting mereka bijak memilih bahan yan ingin mereka lihat dan pelajari. Secara tidak langsung usaha sekolah menubuhkan laman web ini merupakan salah satu usaha murni untuk melonjakkan penguna ICT dalam kalangan SEMEKAR.

Diharapkan laman web SEMEKAR ini membuahkan hasil yang positif yang dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat sama ada ibu bapa yang ingin mengetahui aktiviti yang berlangsung di SEMEKAR. Dengan ini saya amat mengalu-alukan buah fikiran atau idea yang kreatif dan krisis yang boleh membantu pembestarian dan memperkasakan sekolah. Saya berasa amat berbangga dengan usaha para guru kerana telah merialisasikan impian saya sebelum saya bersara dan berharap usaha murni ini membuahkan hasil yang positif. IsyaAllah. 

Sekian, terima kasih.

PUAN HJH MAZLAH BINTI HUSSEIN









Hak Milik Terpelihara © Portal SMK Rawang

Dipaparkan pada: 2007-09-17 (922 kali dibaca)

[ Semula ]
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG
48000 Rawang, Selangor.
Tel: 605-716 1302 | Faks: 603-60924881
Emel: admin@smkrawang.com


Laman Dijana : 0.03 saat