| Mutiara Kata |
Kecemerlangan dicipta oleh orang biasa, yang memiliki kecerdasan biasa, datang dari keluarga biasa, dibimbing oleh guru biasa, belajar di sekolah biasa, tetapi berusaha secara luar biasa.
|
|
|
Kiosk ICT SEMEKAR
 Kiosk adalah salah satu cara untuk menerangkan kepada pengguna tentang maklumat - maklumat yang ingin di sampaikan selain ianya boleh di ketahui hanya dengan satu click pada sebuah kiosk yang disediakan di makmal komputer SEMEKAR.Selain itu, kiosk juga merupakan satu maklumat yang dihasilkan bagi memudahkan pengguna terutamanya warga SEMEKAR. Tambahan pula, bagi para penggunjung Makmal Komputer SEMEKAR, ianya dapat menerangkan kepada mereka tentang maklumat sekolah, aktiviti - aktiviti sekolah mahupun maklumat tentang ICT SEMEKAR. Seiring dengan pembangunan serta kemudahan teknologi maklumat, yang sememangnya lebih memudahkan pelanggan kerana maklumat hanya boleh didapati hanya di hujung jari, oleh itu kiosk ini direka khusus untuk memudahkan serta mesra pelanggan. Terdapat beberapa maklumat yang ditekankan dalam kiosk ini :-
Maklumat Sekolah Maklumat ICT SEMEKAR Galeri Info
Dalam bahagian ini, dimuatkan maklumat - maklumat sekolah seperti identiti sekolah iaitu tentang lencana sekolah, visi serta misi sekolah. Selain itu, pengguna juga dapat mengetahui tentang pentadbir sekolah. Ianya meliputi tentang pengetua sekolah dan penolong kanan pentadbiran sekolah. Oleh itu pengguna terlebih dahulu dapat mengetahui tentang pentadbiran sekolah hanya di hujung jari. Tambahan pula, gambar - gambar guru beserta nama juga turut disediakan bagi memudahkan para pelajar untuk mengenali guru - guru mereka. Kemudahan - kemudahan yang terdapat di sekolah juga turut dilampirkan. Ini adalah kerana, ianya dapat memudahkan penggunjung mengenali serta mengetahui tentang kemudahan - kemudahan yang terdapat di sekolah ini. Pendekatan sebegini seharusnya dijalankan bagi memudahkan pengguna bukan sahaja warga sekolah namun pengunjung yang melawat ke sekolah ini.  ICT ( Information for Communication and Technology) merupakan maklumat yang seharusnya dipraktikalkan serta diketahui oleh setiap individu pada masa ini. Sebab itulah setiap sekolah kini kebanyakkannya memilikiki sebuah makmal komputer. SEMEKAR juga tidak terkecuali. Oleh itu dalam ruangan ini, terdapat maklumat tentang ICT, ahli jawatankuasa makmal komputer, bridged cyber serta yang baru ditubuhkan iaitu ahli badan pemikir ICT. Para pengguna dapat mengetahui dengan lebih lanjut dengan adanya kiosk ini. Selain itu, rancangan pembestarian sekolah oleh ICT SEMEKAR juga dimuatkan di dalam ini. Kejayaan demi kejayaan juga dirangkul oleh makmal komputer SEMEKAR. Tanpa adanya kiosk ini, kemungkinan maklumat seperti ini tidak dapat diketahui oleh warga SEMEKAR seterusnya para pengunjung yang melawat ICT SEMEKAR. 
Galeri gambar turut dimuatkan di dalam kiosk ini. Ini adalah kerana, para pelajar khususnya tidak dapat melihat foto aktiviti - aktiviti yang berlangsung selama ini. Mereka terpaksalah menunggu sehingga akhir tahun untuk melihatnya dalam majalah sekolah. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini acara - acara yang berlangsung di sekolah mahupun diluar sekolah turut dimuatkan di dalam kiosk ini. Selain itu, penggunjung juga dapat mengetahui aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah sekali gus dapat menaikkan nama sekolah antara mereka. Galeri ini akan sentiasa dikemas kini agar acara - acara baru dapat dimuatkan di dalam kiosk ini.  ICT merupakan perkara yang baru bagi sesetenggah orang. Malah ramai juga yang masih tidak tahu penggunaan komputer serta faedahnya. Oleh itu, maklumat - maklumat tambahan yang terdapat di dalam kiosk ini adalah seperti peralatan komputer, tentang software terkini serta penggunaannya dan lain - lain. Info peralatan komputer yang terdapat di dalam kiosk ini khusus menerangkan tentang setiap peralatan yang digunakan bagi sesebuah komputer. Para pengguna dapat mempelajari tentang peralatan komputer melalui kiosk ini. Selain itu, dalam bahagian ini juga menerangkan tentang maklumat lebih terperinci tentang makmal komputer contohnya seperti Badan Pemikir ICT. Kemungkinan mereka yang berkunjung ke sekolah ini kurang mengetahui tentang ini. Bagi warga SEMEKAR juga ada dikalangan mereka juga tidak mengetahui tentang perkembangan ICT SEMEKAR. Dengan adanya kiosk ini maklumat – maklumat seperti ini dapat di salurkan secara terus kepada mereka. 
Kiosk ICT SEMEKAR dihasilkan oleh, aan
Hak Milik Terpelihara © Portal SMK Rawang Dipaparkan pada: 2007-11-12 (1256 kali dibaca) [ Semula ] |
|
|
|
|
|