Tuesday, Sep 07th

Last update08:00:00 AM GMT

You are here: PENGURUSAN KURIKULUM TUGAS-TUGAS KURIKULUM

TUGAS TUGAS KURIKULUM

Emel Cetak PDF

JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM SEKOLAH

  • Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.
  • Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran.
  • Mencadangkan, membina dan menguruskan alat bantuan mengajar.
  • Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.
  • Menetapkan garis pengajaran/pembelajaran.
  • Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja.
  • Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu.
  • Mengadakan mesyuarat.
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi prestasi pelajar.
  • Merancang dan melaksana kelas pemulihan dan kelas bimbingan.
  • Mengesan dan memastikan supaya Sukatan dan Perancangan Pelajaran dilaksanakan dengan sempurna .
  • Merancang kursus dan pendedahan kepada kakitangan akademik mengenai perkara baru dalam pendidikan.
  • Menyebarkan bahan-bahan bacaan dan makluman mengenai pendidikan kepada guru.
  • Mengkaji analisa keputusan PMR, SPM dan peperiksaan dalaman dan merangka program jangka pendek dan panjang mengatasi kelemahan.
  • Mengkaji dan menilai buku-buku teks buku tambahan yang digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pendidikan di sekolah.
  • Berusaha untuk memperbanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.
  • Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.

Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

JAWATANKUASA (KETUA-KETUA PANITIA MATA PELAJARAN)

  • Bertanggungjawab meningkat mutu dan prestasi pencapaian akademik dalam peperiksaan PMR, SPM dan Peperiksaan Dalaman.
  • Membincangkan hal-hal berikut:
  • Rancangan Pelajaran.
  • Buku Teks.
  • Sukatan Pelajaran dan Huraian.
  • Peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
  • Peperiksaan dan penilaian.
  • Bahan Alat Bantu Mengajar.
  • Pemulihan.
  • Kerja Latihan.
  • Implementasi Rancangan Akademik Sekolah jangka panjang dan jangka pendek.
  • Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran.
  • Menyediakan SKU panitia mata pelajaran.
  • Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada)  dan alat-alat bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya.
  • Melaksana rancangan lima tahun akademik sekolah.

SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

  • Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.
  • Menyediakan jadual pembina soalan.
  • Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan.
  • Memastikan keselamatan.
  • Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan dijalankan.
  • Memastikan skema jawapan disediakan oleh panel penggubalan soalan.
  • Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut masa yang ditetapkan.
  • Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
  • Menetapkan tarikh perjumpaan ibubapa dengan guru untuk membincang kemajuan pelajar.

PENYELARAS PMR & SPM PEPERIKSAAN

  • Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan kepada guru tingkatan.
  • Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah / Borang Sementara) untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.
  • Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberi oleh JPN dan Lembaga Peperiksaan.
  • Mengumpulkan, menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara) dengan kerjasama guru tingkatan.
  • Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PMR & SPM .
  • Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan JPN, Lembaga Peperiksaan dan sekolah.
  • Makluman kepada Penolong Kanan HEM jika ada pelajar yang tidak mampu membayar dan memerlukan bantuan PIBG / Tabung Kebajikan Sekolah untuk tindakan selanjutnya.
  • Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PMR & SPM
  • Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan.
  • Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaaan dalam 4 salinan.
  • Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.
  • Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan:
  • Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.
  • Menyediakan jadual pelaksanan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris PMR, SPM & STPM.
  • Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan untuk calon persendirian jika ada.
  • Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dalam menentukan kelancaran perjalanan peperiksaan amali/Pendididkan Seni.
  • Penyelaras peperiksan PMR & SPM STPM mesti berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang dipinjamkan dikembalikan ke pejabat.
  • Mendapatkan 3 set soalan PMR, SPM & STPM untuk rujukan sekolah.
  • Menyelaraskan penyediaan sijil untuk penilaian kendalian sekolah (PKSM)
  • Analisa kertas soalan.
  • Borang kewangan.
  • Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan.
  • Borang-borang lain yang berkaitan.
  • Almari.
  • Jam Dinding.
    • Cop sekolah/Lakri
  • Kapur.
  • Pemadam.
    • Lain-lain

GURU MEDIA / PENYELARAS PSS

  • Menyelaras semua program yang dirancang.
  • Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan Perpustakaan mengadakan mesyuarat.
  • Menyediakan jadual kerja bagi pekerja pusat sumber dan perpustakaan.
  • Menyediakan undang-undang dan peraturan pusat sumber dan perpustakaan.
  • Menceriakan PSS.
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
  • Membantu melaksanakan program perkembangan staf.
  • Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan PSS.

GURU PERPUSTAKAAN

  • Menguruskan perlantikan pengawas PSS.
  • Menyediakan peraturan penggunaan PSS.
  • Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.
  • Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan di perpustakaan.
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
  • Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.
  • Menguruskan pembelian buku.
  • Merekodkan buku perolehan dalam buku stok.
  • Mengkelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah.
  • Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
  • Merawat buku dan menguruskan hapuskira buku.
  • Membuat laporan tahunan untuk rekod.

GURU BAHAN BANTU MENGAJAR / BBM / APD

  • Memastikan alat-alat BBM/APD yang berkuasa elektrik dan bahan software sentiasa dalam keadaan baik.
  • Melaporkan kepada Penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
  • Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
  • Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD.
  • Menguruskan penggunaan BBM/APD secara berterusan.
  • Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.
  • Memastikan keselamatan BBM/APD.
  • Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat BBM/APD.
  • Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD dalam pengajaran dan direkodkan dengan kemas.
  • Memastikan bilik BBM/APD sentiasa kemas dan ceria.
  • Menyediakan Laporan Tahunan BB/APD.

JAWATANKUASA JADUAL WAKTU

  • Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
  • Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
  • Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu sesuai.
  • Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
  • Menentukan penggunaan makmal dan bengkel.
  • Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok.
  • Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
  • Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan.
  • Membuat pindaan jika perlu.
  • Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan untuk makluman semua.

JAWATANKUASA MAKMAL KOMPUTER

  • Mengintergrasikan ICT dalam proses P&P.
  • Menyediakan kebolehan e-book.
  • Memperluaskan Program Malaysia School Net.
  • Memperluaskan Progran TV Pendidikan.
  • Membantu meningkatkan kerjasama institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT.
  • Mengadakan Program Celik Komputer bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dikalangan pelajar, guru dan personel.