JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM SEKOLAH
- Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.
- Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran.
- Mencadangkan, membina dan menguruskan alat bantuan mengajar.
- Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.
- Menetapkan garis pengajaran/pembelajaran.
- Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja.
- Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu.
- Mengadakan mesyuarat.
- Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi prestasi pelajar.
- Merancang dan melaksana kelas pemulihan dan kelas bimbingan.
- Mengesan dan memastikan supaya Sukatan dan Perancangan Pelajaran dilaksanakan dengan sempurna .
- Merancang kursus dan pendedahan kepada kakitangan akademik mengenai perkara baru dalam pendidikan.
- Menyebarkan bahan-bahan bacaan dan makluman mengenai pendidikan kepada guru.
- Mengkaji analisa keputusan PMR, SPM dan peperiksaan dalaman dan merangka program jangka pendek dan panjang mengatasi kelemahan.
- Mengkaji dan menilai buku-buku teks buku tambahan yang digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pendidikan di sekolah.
- Berusaha untuk memperbanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.
- Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.
JAWATANKUASA (KETUA-KETUA PANITIA MATA PELAJARAN)
- Bertanggungjawab meningkat mutu dan prestasi pencapaian akademik dalam peperiksaan PMR, SPM dan Peperiksaan Dalaman.
- Membincangkan hal-hal berikut:
- Rancangan Pelajaran.
- Buku Teks.
- Sukatan Pelajaran dan Huraian.
- Peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
- Peperiksaan dan penilaian.
- Bahan Alat Bantu Mengajar.
- Pemulihan.
- Kerja Latihan.
- Implementasi Rancangan Akademik Sekolah jangka panjang dan jangka pendek.
- Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran.
- Menyediakan SKU panitia mata pelajaran.
- Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas (jika ada) dan alat-alat bagi mata pelajaran yang ada dan menyediakan peraturan penggunaannya.
- Melaksana rancangan lima tahun akademik sekolah.
SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
- Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.
- Menyediakan jadual pembina soalan.
- Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan.
- Memastikan keselamatan.
- Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan dijalankan.
- Memastikan skema jawapan disediakan oleh panel penggubalan soalan.
- Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut masa yang ditetapkan.
- Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
- Menetapkan tarikh perjumpaan ibubapa dengan guru untuk membincang kemajuan pelajar.
PENYELARAS PMR & SPM PEPERIKSAAN
- Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan kepada guru tingkatan.
- Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah / Borang Sementara) untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.
- Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberi oleh JPN dan Lembaga Peperiksaan.
- Mengumpulkan, menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara) dengan kerjasama guru tingkatan.
- Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PMR & SPM .
- Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan JPN, Lembaga Peperiksaan dan sekolah.
- Makluman kepada Penolong Kanan HEM jika ada pelajar yang tidak mampu membayar dan memerlukan bantuan PIBG / Tabung Kebajikan Sekolah untuk tindakan selanjutnya.
- Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PMR & SPM
- Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan.
- Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaaan dalam 4 salinan.
- Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.
- Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan:
- Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.
- Menyediakan jadual pelaksanan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris PMR, SPM & STPM.
- Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan untuk calon persendirian jika ada.
- Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dalam menentukan kelancaran perjalanan peperiksaan amali/Pendididkan Seni.
- Penyelaras peperiksan PMR & SPM STPM mesti berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang dipinjamkan dikembalikan ke pejabat.
- Mendapatkan 3 set soalan PMR, SPM & STPM untuk rujukan sekolah.
- Menyelaraskan penyediaan sijil untuk penilaian kendalian sekolah (PKSM)
- Analisa kertas soalan.
- Borang kewangan.
- Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan.
- Borang-borang lain yang berkaitan.
- Almari.
- Jam Dinding.
- Cop sekolah/Lakri
- Kapur.
- Pemadam.
- Lain-lain
GURU MEDIA / PENYELARAS PSS
- Menyelaras semua program yang dirancang.
- Membentuk Lembaga Pusat Sumber dan Perpustakaan mengadakan mesyuarat.
- Menyediakan jadual kerja bagi pekerja pusat sumber dan perpustakaan.
- Menyediakan undang-undang dan peraturan pusat sumber dan perpustakaan.
- Menceriakan PSS.
- Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya.
- Membantu melaksanakan program perkembangan staf.
- Bertindak sebagai penghubung antara pihak sekolah dengan agensi kerajaan dan swasta dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan PSS.
GURU PERPUSTAKAAN
- Menguruskan perlantikan pengawas PSS.
- Menyediakan peraturan penggunaan PSS.
- Memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar.
- Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan di perpustakaan.
- Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.
- Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.
- Menguruskan pembelian buku.
- Merekodkan buku perolehan dalam buku stok.
- Mengkelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah.
- Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
- Merawat buku dan menguruskan hapuskira buku.
- Membuat laporan tahunan untuk rekod.
GURU BAHAN BANTU MENGAJAR / BBM / APD
- Memastikan alat-alat BBM/APD yang berkuasa elektrik dan bahan software sentiasa dalam keadaan baik.
- Melaporkan kepada Penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
- Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
- Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD.
- Menguruskan penggunaan BBM/APD secara berterusan.
- Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual waktu sekolah.
- Memastikan keselamatan BBM/APD.
- Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat BBM/APD.
- Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD dalam pengajaran dan direkodkan dengan kemas.
- Memastikan bilik BBM/APD sentiasa kemas dan ceria.
- Menyediakan Laporan Tahunan BB/APD.
JAWATANKUASA JADUAL WAKTU
- Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
- Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran.
- Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu sesuai.
- Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
- Menentukan penggunaan makmal dan bengkel.
- Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok.
- Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
- Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan.
- Membuat pindaan jika perlu.
- Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan untuk makluman semua.
JAWATANKUASA MAKMAL KOMPUTER
- Mengintergrasikan ICT dalam proses P&P.
- Menyediakan kebolehan e-book.
- Memperluaskan Program Malaysia School Net.
- Memperluaskan Progran TV Pendidikan.
- Membantu meningkatkan kerjasama institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT.
- Mengadakan Program Celik Komputer bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dikalangan pelajar, guru dan personel.
KURIKULUM

