Tuesday, Sep 07th

Last update08:00:00 AM GMT

You are here: PENGURUSAN HEM TUGAS TUGAS HEM

TUGAS TUGAS HEM

Emel Cetak PDF

BIDANG TUGAS

Disiplin

  • Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai - nilai murni.
  • Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
  • Menjadi Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
  • Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.
  • Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan pelajar.
  • Mewujudkan hubungan dua hala diantara sekolah dengan ibubapa / penjaga.
  • Mengadakan mesyuarat siding penuh bagi membentang, membincang peraturan yang digubal, membentang dan membincangkan cadangan tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada.
  • Membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan pelajar-pelajar.  Semua Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir
  • Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa mengikut keperluan tertentu apabila Pengetua/Pengerusi berpendapat bahawa sidang demikian perlu diadakan.
  • Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa dikehendaki hadir.

Bimbingan dan Kaunseling

  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan Program Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling pelajar serta menyediakan laporan yang diperlukan.
  • Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
  • Merancang dan melaksanakan program dan orentasi bagi pelajar-pelajar baru

Program Perlindungan Pelajar

  • Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.
  • Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.

Kesihatan

  • Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.
  • Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna.
  • Menguruskan kad 001 / 002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.
  • Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
  • Menyelaras aktiviti pelajar.

Skim Pinjaman Buku Teks

  • Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
  • Mengurus kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
  • Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.

Biasiswa dan Bantuan

  • Menyelenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
  • Mengemaskini rekod bisiswa dan bantuan.
  • Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar.