Tuesday, Sep 07th

Last update08:00:00 AM GMT

You are here: PENGURUSAN KOKURIKULUM TUGAS-TUGAS KOKURIKULUM

TUGAS TUGAS KOKURIKULUM

Emel Cetak PDF

BIDANG TUGAS

KOKURIKULUM

  • Merancang aktiviti kokurikulum sekolah-rancangan jangka panjang/pendek
  • Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
  • Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
  • Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
  • Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
  • Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat Daerah/Negeri/ Kebangsaan.
  • Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
  • Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
  • Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
  • Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.

Sukan dan Permainan

  • Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
  • Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
  • Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
  • Menguruskan pemilihan peserta sukan untuk elit bagi mewakili sekolah.
  • Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya.

Kelab / Persatuan

  • Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.
  • Memastikan pelaksanaan program kelab/persatuan berjalan mengikut jadual

Unit Beruniform

  • Merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah.
  • Menyelaras pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.
  • Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut jadual.

Pengurusan

  • Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum.
  • Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.
  • Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil.
  • Membantu dan mengurus segala penerbitan majalah /artikel sekolah.
  • Menyelaras pembahagian pelajar dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.
  • Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
  • Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
  • Mengenalpasti guru/pelajar yang berpotensi untuk maju mengadakan program khas untuk mereka.

SETIAUSAHA SUKAN

  • Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
  • Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD, MSSS, MSSM.
  • Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
  • Menetapkan pelajar dalam rumah sukan
  • Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
  • Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
  • Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
  • Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan
  • Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
  • Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran , rujukan dan rekod.
  • Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
  • Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.

Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah

  • Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.
  • Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek.
  • Mengenalpasti T.O.V (take of Value) dan merancangkan aktiviti sukan.
  • Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
  • Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
  • Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
  • Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman / luaran.
  • Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.

GURU PERMAINAN

  • Membentuk Jawatankuasa
  • Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
  • Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
  • Memastikan undang-undang permainan dan perlawana dipatuhi.
  • Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
  • Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.
  • Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah.
  • Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
  • Mengurus surat kebenaran ibubapa/penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
  • Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
  • Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
  • Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar.
  • Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
  • Merancang aktiviti tahunan dengan Guru Rumah Sukan.
  • Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkannya.
  • Merekodkan nama-nama pemain dan pasukan yang cemerlang (Johan Daerah/Negeri/Wakil Daerah/Wakil Negeri dan Negara.
  • Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa

PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM

  • Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform.
  • Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
  • Menyelaras semua aktiviti.
  • Menyediakan borang kebenaran ibubapa/penjaga untuk pelajar memasuki persatuan/kelab/unit beruniform.
  • Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
  • Memastikan Peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan failkan
  • Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
  • Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum:
      • Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua pelajar.
      • Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di Bilik Bimbingan dan Kauseling.
  • Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:
      • Borang memasuki persatuan
      • Borang senarai AJK dan ahli
      • Buku Laporan Kegiatan
      • Fail-Fail yang diperlukan
      • Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod
      • Mengumpulkan Laporan Tahunan dan Buku Kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod
      • Membuat Laporan Tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
      • Kokurikulum sekolah.

GURU PENASIHAT PERSATUAN/KELAB

  • Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab
  • Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah
  • Memastikan adanya peraturan/perlembagaan
  • Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam perlembagaan
  • Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkan kepada Penyelaras untuk simpanan dan rekod.
  • Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
  • Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan failkan.
  • Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan persatuan/kelab.
  • Bekerjasama dengan pihak untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Upacara, Hari Guru dan lain-lain.
  • Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah.
  • Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.
  • Memastikan tidak ada unsur subvertif tersebar/disebarkan di kalangan ahli.
  • Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum.

KETUA RUMAH SUKAN

  • Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar)
  • Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
  • Membentuk jawatankuasa rumah dikalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan.
  • Menjalankan Mesyuarat Agung rumah sukan dan permainan.
  • Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.
  • Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
  • Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
  • Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada Setiausaha Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.

GURU RUMAH SUKAN

  • Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
  • Guru dan pelajar wajib hadir pada waktu latihan rumah sukan.  Kedatangan dicatat dalam buku kehadiran.
  • Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan.
  • Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
  • Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
  • Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
  • Menyemai semangat kesukanan dikalangan pelajar.
  • Sentiasa berbincang dengan Ketua Rumah Sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.